BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Home

Sunday, June 5, 2011

Pohon Kemaafan

Kami K.P.S.L ( Kelab Peminat Serama Langkawi ) Yang menjadi pengelola Pertandingan Ayam serama Anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi ( LADA ) pada 4hb June 2011 ingin memohon maaf kepada semua peserta - peserta pertandingan ini kerana Venue pertandingan yang agak sempit dan juga tiupan angin yang agak kuat semasa pertandingan sedang berlangsung.Pihak kami telah pun memohon kepada pihak LADA supaya Venue pertandingan di ubah ke tempat lain,kerana sebelum ini juga tempat yang sama pernah di adakan pertandingan seperti itu dan masalah yang sama juga telah berlaku.
Pihak LADA mahukan kesemua Aktiviti hari tersebut di pusatkan di Dataran Lang kerana,iklan telah pun di buat di RTM langkawi,Banner telah di naikkan,banting telah pun di edarkan,serta kesemua peralatan telah di sediakan di situ.Untuk pengetahuan tuan2..antara aktiviti lain yg di anjurkan pada hari tersebut ialah,pertandingan memasak,gubahan barangan hantaran perkahwinan,ukiran buah2an,photo race serta pameran dari agensi kerajaan.Kesemua acara ini di buat bagi menyambut ulang tahun Pengistiharan Geopark Langkawi.
Kami berharap kesemua peserta2 yg mengambil bhgian faham keadaan ini,dan kami juga berharap anda telah berpuas hati dengan hadiah2 yg telah di sediakan itu..."memang berbaloi"
Terima Kasih..

0 comments: